IRIDOLOGI
iRIDOLOGI,, Bagaimana saya bermula dan mengenali kaedah iridologi,mungkin ada setengah pihak mengatakan kaedah iridologi ini satu kaedah yang bohong hanya rekaan semata-semata. Bagi saya biar lah apa orang nak kata kerana, saya mempunyai sejarah saya sendiri kerana kaedah iridologi banyak membantu saya. Pernah satu ketika dahulu anak saya dihidapi penyakit telesemia ,saya telah bawa berubat kemerata tempat tidak kira bomoh,pawang doktor alternatif ,doktor pakar,hospital swasta, dengar sahaja ada orang pandai berubat saya dan suami akan pergi membawa anak saya berubat, anak saya terlantar diHospital kerajaan, dan kami terpaksa berulang alik kehospital. Doktor hanya mengambil darah buat ujan hingga anak saya semakin hari semakin kurus namun begitu saya tidak pernah salahkan doktor , kerana mereka telah berusah payah dan doktor itu juga pernah mengatakan bahawa anak saya mungkin mampu hidup enam bulan. namun kami pasrah, mungkin ini ujian dari yang maha kuasa Ramai yang simpati dengan keadaan kami ,ada juga yang menderma,kalau nak cerita pasal wang ringgit tak kira berapa yang dah habis,pinjam ,bergadai,susah payah semua telah kami lalui.kami bersyukur dan berterima kasih kepada mereka -mereka yang telah membantu kami semada wang ringgit,tenaga dan nasihat semoga Allah jua lah yang dapat membalas jasa mereka,amin. Nasihat saya kepada anda, menghindari penyakit atau mengetahui lebih awal adalah lebih baik dari mengubatinya.
Cerita tentang iridologi ,disini lah saya bertemu saorang pakar iridologi yang memeriksa kaedaan anak saya dan memberitahu puncanya dan kami mengikuti nasihat dan mengambil ubat homeopath untuk anaksaya dan terus belajar iridologi dari basic hingga lah advance iridologi bermula tahun pada 1991terima kasih Dr Bernard. Jensen,Dr zuko, Dr Daina Mossop, Dr Goh, Puan Sharifah Zainon dan kepada mereka yang tak sempat disebut namannya terima kasih semua dan kepada anak anak-murid kami teruskan menimba ilmu tak kira dimana jua anda berada. Wassalam .....
sumber
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Subscribe Here
