Sunday, January 24, 2010

kepentingan merawat dengan quran dan sunah

segala puji bagi Allah dan pertolonganya dan pengampunanya, kita berlingdung kepada Allah dan kejahatan diri kita  dan keburukan perbuatan kita, barang siapa yang berkehendak kepada hidayah Allah maka allah akan kurniakan dan barang siapa yang mencari kesesatan maka Allah berikan padanya juga, dan kita semua bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah , dan kita bersaksi bahaw nabi muhammad itu adalah hambanya dan pesuruhnya SAW berseta ahli keluarganya dan ssahabatnya dan sesiapa yang mengikut petunjuknya sehingga hari qiamat

amma ba'da: tidak syak lagi bahawa merawat mengunakan Al-quran dan apa-apa yang thabit dari nabi SAW merupakan rawatan yang bermanfaat dan ubat yang paling sempurna

firman Allah

قل هو للذين امنوا هدى وشفاء 

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman


وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين


dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya


maka Quran ialah penawar yang sempurna dari penyakit-penyakit Rohani dan Jasmani dan penawar dunia dan akhirat. sekiranya mujarab dengan penawar yang di beri dan perawat yang memberi ubat dengan kekuatan iman dan pegangan aqeedah yang kukuh dan mencukupi semua syarat-syarat makan ianya tidaklah menjadi mudarat. kerana sesungguhnya perkataan dalam quran iaitu kalam tuhan langit dan bumi yang sekiranya al quran ini di turunkan kepada bukit nescaya bukit akan hancur berkecai dan jika di turunkan kepada bumi nescaya bumi akan hancur, lebih utamalah  kiranya dengan mengunakan kalam Allah untuk di jadikan penawar kepada semua penyakit. .


sesungguhnya telah sepakat ulama dengan membolehkan ruqyah dengan 3 perkara


1- dengan mengunakan kalam Allah dan namanya dan sifatnya atau kalam rasullulah
2-dengan mengunakan bahasa arab dan bahasa lain yang fahami maknanya
3- percaya dengan yakin bahawa ayat-ayat yang di bacakan itu tidak ada kuasa menyembuh, sesungguhnya Allah lah yang berkuasa menyembuhkan





 




About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This
Subscribe Here

 

Followers

Site Info

masih dalam pembinaan

~ Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon